MISI SUMBANGAN DANA: MESIN BASUH & PENGERING UNTUK DOBI PAKAIAN ANAK-ANAK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AN-NABAWI
Di sebalik senyuman dan kesungguhan anak-anak tahfiz menghafaz Kalamullah, ada satu keperluan asas yang semakin membebankan kami hari demi hari iaitu urusan mencuci pakaian mereka.
Mesin basuh dan mesin pengering yang kami gunakan sudah terlalu lama, kerap rosak dan terpaksa dibaiki berkali-kali.
Namun kini, ia tidak lagi mampu menampung jumlah cucian baju pelajar yang semakin ramai.
Lebih menyedihkan, ruang jemuran kami sangat terhad. Ketika hujan atau cuaca lembap, pakaian pelajar tidak kering sepenuhnya, menjejaskan kebersihan dan keselesaan mereka untuk solat, mengaji dan belajar ????
Kami benar-benar memerlukan mesin pengering (dryer) yang besar dan heavy-duty, agar pakaian anak-anak tahfiz dapat dikeringkan dengan sempurna dan mereka dapat menghafaz al-Quran dengan baik.
???? Di sinilah kami merayu dengan penuh rendah hati agar Tuan/Puan sudi bersama membantu meringankan beban ini.
MATAN CENTRE sedang menggerakkan kempen sumbangan dana pembelian mesin basuh & mesin pengering bagi kegunaan dobi pelajar di cawangan berikut :

Maahad Tahfiz Integrasi al-Azhari Kelantan
Maahad Tahfiz an-Nabawi Langkawi
Maahad Tahfiz an-Nabawi Shah Alam
Maahad Tahfiz an-Nabawi Jerantut
RM 208,800 diperlukan
(RM52,200 setiap cawangan)
✨ Setiap infaq adalah saham akhirat ✨
“Barangsiapa memudahkan urusan orang yang menuntut ilmu agama, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”
????????
Jom berinfaq sekarang.
Semoga Allah membalas keprihatinan Tuan/Puan dengan rezeki yang luas, keberkatan hidup dan pahala berpanjangan.
#Infaqdobi #SahamAkhirat #MaahadTahfizAnNabawi #JomInfaq