penglibatan anda diperlukan

"Bantu Kami Merealisasikan Generasi Al-Quran"

Setiap kali kita berinfaq atau kita bersedeqah, sebenarnya kita sedang melakukan segala kebaikan dan infaq itu kepada diri kita sendiri, di akhirat nanti kita akan melihat rimbunan pahala dari infaq kita itu, bagi sesiapa yang beriman kepadaNya dan hari akhirat, sudah pasti ia akan berlumba lumba untuk melakukanNya. Yakinlah adanya hari akhirat!

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH, hanya DIA sahaja yang layak menerima segala pujian serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan sediada yang tidak putus-putus menyumbang untuk kelancaran pembangunan rangkaian Maajad Tahfiz An-Nabawi (MATAN).

Sebagaimana yang telah diketahui, kini MATAN telah mempunyai 3 cawangan iaitu di MTAZ Machang, MATAN Shah Alam dan MATAN Lilbanat (Perempuan) Pulau Langkawi. Alhamdulillah, setiap cawangan kini telah diduduki oleh para pelajar yang komited untuk mendalami ilmu Al-Quran. Untuk pengentahuan anda juga, kini kami sedang giat membina Maahad Tahfiz An-Nabawi Lilbanin (Lelaki) iaitu cawangan yang ke-4 MATAN yang terletak di Pulau Langkawi dan juga cawangan ke-5 di Jerantut, Pahang.

Kami dengan penuh harapan memohon para penderma tidak kira individu atau syarikat boleh bersama-sama menyumbang kepada kami bagi mencapai hasrat kami untuk melahirkan Generasi Al-Quran yang berketrampilan dan istiqamah dalam landasan AL-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Pengasas Matan Centre

Pengenalan MATAN

Maahad Tahfiz An-Nabawi atau dikenali sebagai MATAN bermula dengan inspirasi untuk melahirkan Generasi Al-Quran dengan menerapkan ilmu serta akhlak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

MATAN bermula di cawangan pertamanya di Machang, Kelantan. Dengan mengambil anak-anak miskin, MATAN berjaya membimbing anak-anak ini sehingga khatam hafalan 30 juzuk dan sebahagian daripada mereka telah juga ditaja melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan universiti tempatan. Alhamdulillah.

Dengan semangat kejayaan ini serta dorongan para penaja dan penyumbang, kini lebih ramai pelajar mula diambil dan cawangan baru mula dibuka bagi memberi peluang kepada ramai lagi anak-anak tempatan

Di MATAN, kami mengamalkan sistem pembelajaran tersendiri iaitu dengan bermula kelas Ibtida'i bagi yang belum lancar Al-Quran selama 6 bulan ke 1 tahun seterusnya barulah akan diserap ke kelas Tahfiz. Kami amat mementingkan kualiti hafalan dari segi bacaan, tajwid, tulisan dan sebagainya.

Info Ringkas

138

orang


JUMLAH PELAJAR IBTIDA'I
275

orang


JUMLAH PELAJAR TAHFIZ
32

orang


BERJAYA KHATAM HAFALAN 30 JUZUK
178

orang


PELAJAR YANG MENERIMA TAJAAN

Apa yang anda boleh bantu kami?

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Al-Baqarah : 261

1. Wakaf Pembangunan MATAN Lilbanin Langkawi

Jumlah yang diperlukan : RM1.2 juta.

Pembangunan MATAN Lilbanin ini adalah cawangan kedua di Langkawi dan ia dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja. Pembangunan ini terdiri daripada :

1 unit masjid
2 unit bangunan pentadbiran
1 unit kantin
4 unit blok akademik
20 unit asrama
2 unit rumah guru
Hubungi :
Ustaz Atiff : 014-8111132
Pejabat : 04-9523204

2. Wakaf pembangunan Masjid Al-Azhari, Machang, Kelantan.

Jumlah yang diperlukan : RM1 juta.

Masjid Al-Azhari yang baru ini akan menggantikan masjid lama bagi menampung jumlah pelajar tahfiz dan penduduk sekitar yang semakin bertambah.

Projek yang sedang giat dibangunkan ini telah siap hampir 65%.

Sumbangan dan tajaan dalam bentuk material juga dialu-alukan seperti kipas, jubin, karpet, sound system, pagar, tar dan sebagainya. Sila hubungi kami untuk urusan tersebut.

Hubungi :
Ustaz Shariff : 011-1941 0411
Pejabat : 09-9765661

3. Wakaf pembangunan cawangan baru MATAN di Jerantut, Pahang.

Jumlah yang diperlukan : RM1 juta.

Lokasi MATAN Jerentut ini asalnya adalah kem untuk program tahunan kesemua cawangan MATAN. Namun atas dasar kesedaran untuk memberi peluang kepada anak-anak tempatan, kami berhasrat mewujudkan kelas Tahfiz dengan fasiliti dan kemudahan yang sama seperti di cawangan lain.

InsyaAllah dengan adanya MATAN Jerantut ini, maka bertambahlah Generasi Al-Quran yang menjadi dambaan kita semua pada masa akan datang. InsyaAllah.

Hubungi :
Ustaz Burhanuddin : 014-8266327

4. Tajaan pelajar kurang berkemampuan & kos pengurusan maahad

Jumlah tajaan pelajar : RM3500 seorang untuk setahun.

Sepanjang tahun kami akan membuka peluang kepada para dermawan untuk menaja pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin. Kos sebanyak RM3500/setahun bagi seorang pelajar adalah termasuklah yuran, asrama, aktiviti, dobi, makan/minum dan sebagainya.

Tiada minimum sumbangan untuk tajaan pelajar. Kami terima setiap amaun derma anda, InsyaAllah.

5. Bantuan & tajaan MATAN cawangan Yala, Thailand.

Alhamdulillah hasil sumbangan yang diberikan para dermawan sebelum ini, Maahad Tahfiz di Yala, Thailand berjaya dibangunkan hasil kerjasama MATAN dengan fasiliti yang lengkap. Kini, MATAN Yala, Thailand yang diduduki oleh 300 orang pelajar telah berjaya melahirkan 46 orang Huffaz yang terdiri daripada anak-anak yang kurang berkemampuan dan mula berbakti kepada penduduk tempatan di sana.

Kami amat mengalu-alukan anda untuk meneruskan sumbangan untuk MATAN Yala, Thailand agar lebih ramai generasi Al-Quran dapat dilahirkan, InsyaAllah.

Jom menderma secara online sekarang!

Bagi memudahkan kami mengasingkan setiap derma kepada cawangan MATAN yang berkenaan, anda perlu memilih di mana anda berhasrat untuk menyumbang. Kemudian isi maklumat anda dan klik butang 'Beri Sumbangan'. Anda akan dibawa ke sistem pembayaran selamat dan telah diintegrasikan dengan bank-bank anda. InsyaAllah.

Ambil perhatian sistem pembayaran kami menerima sumbangan minima RM3 dan maksima RM5000.

Semoga setiap sumbangan yang anda berikan dikira sebagai amal jariah yang memberikan pahala yang berterusan hingga ke akhirat. Semoga Allah SWT mengganjari tuan/puan dengan sebaik-baik ganjaran. InsyaAllah.

Nota: Anda akan dibawa ke halaman pembayaran MOLPay.