MTAZ Machang

Assalamualaikum WBT.

Maahad Tahfiz Al-Azhari merupakan sebuah sekolah menengah yang dikhususkan untuk penghafazan Al-Quran sebagai pembelajaran utama. MTAZ ini dibuka pada awal tahun 2008 diKampung Pangkal Chuit, Machang, Kelantan. MTAZ juga merupakan cawangan pertama sebelum tertubuhnya MATAN.

Dengan moto "Bersama Membina Generasi Al-Quran", kami berharap dapat melahirkan generasi yang tahu tentang Al-Quran dan boleh menyebarkan ilmu Al-Quran di seluruh pelusuk dunia InsyaAllah

Ustaz Mohd Hariz Fathee
Mudir MTAZ Machang

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al-Azhari (MTAZ) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2011 dibawah naungan Kompleks Ilmu Al-Azhari (KIAZ). Pada mulanya KIAZ telah memulakan kelas tahfiz separuh masa pada tahun 2008 dan setelah mendapat sokongan daripada penduduk setempat dan juga para penderma maka tertubuhlah MTAZ dengan mengambil pelajar sepenuh masa.

Para pelajar MTAZ terdiri daripada anak-anak kawasan sekitar yang miskin dan yatim. Yuran tahunan mereka ditaja oleh para penaja yang tidak putus-putus menyumbang setiap tahun.

Objektif Penubuhan

  • Menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat
  • Untuk melahirkan ulama hafiz yang mampu memahami isi kandungan Al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
  • Melahirkan ulama hafiz yang memelihara isi kandungan Al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
  • Membentuk rangkaian tahfiz yang boleh diketengahkan dan menjadi pilihan utama kepada organisasi yang lain.
  • Menjadikan pusat tahfiz sebagai contoh kepada tahfiz-tahfiz yang lain
Misi
Untuk melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan Al-Quran, berilmu, beramal, bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan Al-quran serta dapat direalisasikan dalam masyarakat.
Visi
Untuk melahirkan generasi huffaz yang berketrampilan dalam semua bidang.