MATAN Shah Alam
Pengenalan
Maahad Tahfiz An-Nabawi Shah Alam juga dikenali sebagai MATAN Shah Alam merupakan salah satu institusi pengajian tahfiz yang komited melahirkan Generasi Al-Quran. MATAN Shah Alam merupakan cawangan kedua dalam rangkaian MATAN yang juga diseliakan oleh MATAN Centre dan menerima kemasukan untuk pelajar perempuan dan lelaki. Pelajar-pelajar diwajibkan untuk menghafal surah As-Sajdah, Yasiin, Ad-Dukhan, Al-Mulk, Al-Insan dan barulah mereka dibenarkan untuk menghafal juzuk satu dan juzuk-juzuk seterusnya.
- Bagi mengembangkan dakwah melalui gerakan yang tersusun bermula dari hafazan Al-Qur’an dan kefahamannya sehinggalah kepada kemasyarakat melalui Perubatan Islam dan tarbiyyah yang tersusun.
- Membuka peluang bagi masyarakat menyumbang, dan mewakaf bagi mengembangkan dana dan ekonomi ummat islam melalui manhaj yang tersusun.
- Mendidik generasi awal melalui Al-Qur’an dan As-Sunnah kearah kefahaman yang jelas yang telah disusun melalui ulama’ terdahulu.
- Menjadikan tempat ini sebagai medan pertemuan dikalangan para dai’e dan penggerak agama bagi bertukar fikiran dan khibrah.
- Menjadikan tempat dan peluang kepada setiap anak yatim dan miskin belajar secara percuma.
- Menjadikan Maahad Tahfiz An-Nabawi sebagai tempat menyebarkan dakwah.
- Menerapkan intipati Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam setiap individu pelajar.
- Membentuk peribadi pelajar mengikut acuan Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Peringkat | Syarat | Pengajian |
---|---|---|
Mustawa 1 | Hafaz 1-13 juzu’ | 1. Pengajian Tahfiz |
Mustawa 2 | Hafaz 14-30 juzu’ | 1. Pengajian Tahfiz
2. Pengajian Diniah 3. Pengajian Pondok. |
Mustawa 3 | Al-Hafiz | 1. Syahadah Tahfiz Al-‘Ali
2. SPM |
Mustawa 4 | Keputusan SPM baik | Pengajian Ijazah di Jamiah Timur Tengah @ Asia Tenggara. |
Sistem Pengajian
Di Maahad Tahfiz An-Nabawi (Shah Alam) kami mengamalkan sistem pengajian 4 peringkat seperti dalam jadual. Setiap pelajar baru yang memasuki MATAN Shah Alam akan dimasukkan kedalam kelas mengikut peringkat yang telah ditetapkan.
Kami juga menerima pelajar yang sudahpun habis khatam hafalan 30 juzuk untuk membuat persediaan Syahadah seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara.
Sila DOWNLOAD fail dibawah untuk mendapatkan sistem pengajian Tahfiz yang diamalkan oleh kami di MATAN
Hubungi Kami
- No.2, Jln Jejala 8/11, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Kunjungi kami
Sila lawati kami pada waktu yang berikut :
- 8am - 4pm
Rujuk peta disebelah ->