MATAN Langkawi

Pengenalan

Maahad Tahfiz An-Nabawi Lilbanat (MATAN P) terbuka kepada pelajar perempuan yang mempunyai minat mendalami ilmu hafalan Al-Quran. Para pelajar MATAN P diajar membaca, menghafal, memahami hafalan mereka serta mempelajari ilmu-ilmu diniah(agama). Selain itu, pelajar turut dilengkapi dengan pengajian pendidikan bersepadu, ujian semester dan aktiviti-aktiviti sosial lain seperti riadah, perkhemahan tahunan, dan sebagainya.

Pusat tahfiz ini dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu, dimana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang sempurna.

Objektif Penubuhan

  • Melahirkan generasi yang mencintai kalam ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
  • Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah Nabi dan beramal dengannya.
  • Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa berakhlak mulia.
  • Melahirkan insan yang kamil lagi muktakammil di bawah naungan Al–Quran dan Al – Sunnah.
  • Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara.
Misi
Menyediakan satu prasarana pembelajaran dan pusat ekonomi dalam suasana islam yang sempurna dan terpelihara bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, beramal dan beriman serta ber- tanggungjawab bagi mencorak generasi pewaris yang berbakti pada agama, bangsa dan negar
Visi
  • Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-quran, berilmu, beramal, bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan al-quran serta dapat direalisasikan dalam masyarakat.
  • Meningkatkan dan meluaskan kaedah penyebaran Islam.
  • Membudayakan nilai-nilai Islam dalam segenap aspek kehidupan dalam kalangan masyarakat
Peringkat Syarat Pengajian
Mustawa 1 Hafaz 1-13 juzu’ 1. Pengajian Tahfiz
Mustawa 2 Hafaz 14-30 juzu’ 1. Pengajian Tahfiz
2. Pengajian Diniah
3. Pengajian Pondok.
Mustawa 3 Al-Hafiz 1. Syahadah Tahfiz Al-‘Ali
2. SPM
Mustawa 4 Keputusan SPM baik Pengajian Ijazah di Jamiah Timur Tengah @ Asia Tenggara.

Sistem Pengajian

Di Maahad Tahfiz An-Nabawi Lilbanat (MATAN P) kami mengamalkan sistem pengajian 4 peringkat seperti dalam jadual. Setiap pelajar baru yang memasuki MATAN P akan dimasukkan kedalam kelas mengikut peringkat yang telah ditetapkan.

Sila DOWNLOAD fail dibawah untuk mendapatkan sistem pengajian Tahfiz yang diamalkan oleh kami di MATAN

Download

Hubungi Kami

Kunjungi kami

Sila lawati kami pada waktu yang berikut :

  • 8am - 4pm

Rujuk peta disebelah ->