MATAN Jerantut

Pengenalan

Maahad Tahfiz An-Nabawi Jerantut atau juga dikenali sebagai MATAN Jerantut merupakan cawangan keempat dalam rangkaian MATAN. MATAN Jerantut terletak di Kampung Batu Balai dalam daerah Jerantut Pahang dan juga tidak jauh dari Pekan Kuala Lipis dan Benta

MATAN Jerantut secara rasmi telah memulakan operasi pada tahun 2017 dan menerima pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk menghafaz al-Quran. Suasana yang jauh dari kesibukan kota pastinya merupakan suatu kelebihan bagi pelajar-pelajar MATAN ini untuk mempelajari dan mendalami ilmu al Quran.

MATAN Jerantut mempunyai guru pondok dan menawarkan pengajian sistem pondok kepada pelajar-pelajar MATAN.

Objektif Penubuhan

  • Menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat
  • Untuk melahirkan ulama hafiz yang mampu memahami isi kandungan Al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
  • Melahirkan ulama hafiz yang memelihara isi kandungan Al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
  • Membentuk rangkaian tahfiz yang boleh diketengahkan dan menjadi pilihan utama kepada organisasi yang lain.
  • Menjadikan pusat tahfiz sebagai contoh kepada tahfiz-tahfiz yang lain
Misi
Untuk melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan Al-Quran, berilmu, beramal, bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan Al-quran serta dapat direalisasikan dalam masyarakat.
Visi
Untuk melahirkan generasi huffaz yang berketrampilan dalam semua bidang.

Assalamualaikum WBT.

Maahad Tahfiz An- nabawi Jerantut merupakan sebuah sekolah menengah yang dikhususkan untuk penghafazan Al-Quran sebagai pembelajaran utama. MATAN jerantut dibuka pada awal tahun 2017 diKampung Batu Balai Jerantut, Pahang.

Dengan moto "Cara Kita Cara Nabi", kami berharap dapat melahirkan generasi yang tahu tentang Al-Quran dan boleh menyebarkan ilmu Al-Quran di seluruh pelusuk dunia InsyaAllah

Ustaz Burhanuddin Bin Mohamed
Mudir MATAN Jerantut