Cara Menderma Secara Online

 

1. Isi borang maklumat diri dan nilai sumbangan anda. Di ruang nilai sumbangan, hanya tulis nombor sahaja tanpa RM. Contoh : 100. Kemudian sila tekan butang 'Beri Sumbangan'.
 
 

2. Anda akan dibawa ke laman pembayaran Molpay. Molpay adalah sistem pembayaran online yang mudah dan selamat. Di laman ini anda perlu memilih bank pilihan anda iaitu dengan menekan butang 'Payment Option'. Nota : Jika anda menggunakan Bank Islam, sila pilih FPX kerana sistem Bank Islam terdapat di dalamnya.
 
 

3. Setelah memilih bank anda, sila semak maklumat yang anda isi pada borang dan jika semuanya betul, sila tekan 'Pay Online'.
 
 

4. Anda akan dibawa ke laman bank pilihan anda. Disini kami ambil contoh Maybank. Sila login seperti biasa dan buat pembayaran. Nota : Jangan tutup tetingkap laman Molpay tadi.
 
 

5. Selesai membuat pembayaran, anda akan dibawa ke laman Terima Pembayaran dan resit akan dihantar ke emel anda. Itu sahaja!